• Home
  • Uncategorized
  • Bagaimana ada affiliate Efferty buat side income beribu-ribu ringgit hasil promote produk-produk Efferty?
Image

Bagaimana ada affiliate Efferty buat side income beribu-ribu ringgit hasil promote produk-produk Efferty?

Boleh ke jana income lebat hasil mempromosi produk-produk Efferty?

Dengan mempromosi Efferty, ada antara affiliate kami berjaya jana income lebat.

Ada yang dapat jana income lebih untuk tampung belanja isi rumah sebagai suri rumahtangga. 

Ada yang masih belum dapat kerja, tapi dengan mempromosi produk-produk Efferty di pelbagai platform, mereka mendapat pendapatan tanpa perlu masuk ofis. 

Ada yang bekerja, tapi dengan mempromosi produk-produk Efferty, mereka memperoleh pendapatan tambahan tanpa perlu buat kerja fizikal.

Dan ada juga di antara mereka sedang berikhtiar hamil dengan Efferty, jadi dengan membuat affiliate Efferty, mereka memperoleh pendapatan sampingan untuk nak beli produk-produk Efferty. Mereka consume, kemudian cerita pengalaman berikhtiar dengan Efferty. Dengan ini, mereka mencipta pengalaman autentik berikhtiar dengan Efferty, yang seterusnya membina kepercayaan dengan audiens. Audiens percaya= audiens beli= mereka dapat pendapatan komisen.

Mereka lakukan dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja! Mudah dan efisyen. Tak payah angkat punggung dah dapat duit komisen hasil jualan produk-produk Efferty.  

Jadi di sini kami nak kongsikan bagaimana affiliate-affiliate kami boleh jana income beribu-ribu hasil mempromosi produk-produk Efferty.

Teruskan membaca:

Tips Affiliate Berjaya No. 1: 1. Rajin Upload, Rezeki Melekat 🎬

Mereka konsisten hasilkan video beg kuning di platform TikTok. Platform macam TikTok sangat suka orang yang rajin memuat naik video beg kuning.

 Affiliate yang berjaya biasanya akan post minimum 2 video beg kuning sehari. Kenapa? Sebab lagi banyak video, lagi besar peluang video korang “FYP” dan tarik pembeli!

 

Tips Affiliate Berjaya No. 2: Mereka gunakan strategi "Video Beracun" 🧪

Video mereka mempunyai elemen-elemen yang buatkan orang teracun nak beli.

Bukan sekadar video, tapi video yang buat orang tak senang duduk kalau tak beli! Antara yang biasa mereka buat:

 

✳️Fokus Produk Hero: Mereka tak pening kepala, terus fokus pada produk best-seller Efferty.

✳️Main Harga & Tawaran: Gunakan harga promosi sebagai “umpan” utama untuk tarik orang terus klik beg kuning.

Berikut antara contoh-contoh ayat sebagai umpan orang beli produk di beg kuning:

  • “Eh tak sangka Efferty tengah buat diskaun gila-gila hari ni!”
  • “Biar betul Susu Efferty harga serendah macam ni??”
  • “Stok terhad, jadi checkout segera lepas dah add to cart”
  • “Harga promosi ni terhad hari ni je….Jadi checkout segera sebelum harga promosi ghaib!”
 

Tips Affiliate Berjaya No. 3: Fokus pada Produk "High Demand" dengan Kadar "Repeat Order" yang Tinggi.

Kenapa income mereka lebat? Sebab produk Efferty bukan produk bermusim, tetapi produk keperluan untuk ikhtiar zuriat dan kesihatan dalaman:

Sekali pelanggan serasi, mereka akan buat repeat order berkali-kali.

Market ikhtiar hamil sentiasa ada dan sangat besar di Malaysia.

Kadar conversion lebih tinggi sebab jenama Efferty sudah sedia kukuh dan dipercayai.

Sebagai contoh, ada affiliate suka mempromosi produk EvaQ10 kerana kerap sold-out dan dah terjual sebanyak 31,600 botol sejak dilancarkan bulan November 2025 lepas. Jadi bila mereka mempromosi produk best-seller, mereka cenderung memperoleh komisen lebat kerana produk ni lebih dikenali dan mudah terjual. 

Tips Affiliate Berjaya No. 4: Sentiasa Update dengan Kempen Promosi & Rebat Eksklusif.

Affiliate yang “masyuk” sentiasa peka dengan flash sale atau baucar yang TikTok/Efferty berikan.

Mereka gunakan urgency (contoh: “Stok Terhad” atau “Promo 24 Jam Sahaja”) untuk paksa audiens beli sekarang.

Sentiasa buat Live pendek atau rakam video unboxing bila ada promosi baru untuk tarik trafik masuk ke beg kuning.

Dan di hujung setiap video, mereka kerap maklumkan apakah hadiah percuma & diskaun promosi jikalau audiens merembat kombo produk-produk Efferty.

Untuk nak follow promosi terkini, follow rapat platform-platform Efferty HQ supaya anda tak tertinggal bas promosi terkini Efferty:

1. Website promosi terkini Efferty: https://deals.efferty.com/ 

2. Tiktok Efferty HQ: https://www.tiktok.com/@efferty

3.Tiktok Efferty Mama: https://www.tiktok.com/@effertymama

4.Tiktok Efferty Store: https://www.tiktok.com/@efferty.store?is_from_webapp=1&sender_device=pc

5. Facebook Efferty HQ (official): https://www.facebook.com/effertyhq/

Jikalau affiliate lain boleh jana income lebat, anda pasti boleh!

Semoga post kali ni membantu anda nak berniaga affiliate di Tiktok.

Dan untuk pengetahuan anda, ada affiliate Efferty berjaya peroleh komisen lebih RM3,000 sebulan sebab gigih hasilkan video beg kuning, dengan elemen-elemen yang buatkan orang teracun nak beli.

Jadi teruskan usaha dan selamat menjana sale.

Blog yang berkait

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi produk Susu Efferty Mama perisa coklat?

Hi & Assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsi idea-idea cara nak buat content dengan Susu Efferty Mama…

ByByadmin Jan 27, 2026

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *