• Home
  • ikhtiar hamil
  • PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak buat content untuk nak jual Susu Efferty perisa Strawberi?
Image

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak buat content untuk nak jual Susu Efferty perisa Strawberi?

Susu Efferty perisa strawberi, susu untuk persediaan kehamilan.

Susu Efferty perisa strawberi, produk paling legend di Efferty untuk nak bantu pasangan ikhtiar hamil & sokong kesihatan hormon

Hari ni, kami nak bantu anda bagaimana nak buat content bagi nak promote Susu Efferty perisa strawberi. Susu Efferty perisa strawberi ni dah pun berada lama di pasaran, lebih 3 tahun. Di Tiktokshop aja, ianya dah terjual 13 ribu jar, manakala di Shopee lebih 700 jar.

Ianya susu kambing perisa strawberi. Jadi, sesuai untuk anda yang sukakan susu berperisa buah. Dengan rasa sedap dari serbuk strawberi tulin, ianya beri manfaat bukan sekadar untuk ikhtiar hamil, tapi untuk penjagaan kesihatan am.

Jadi, bookmark webpage ini supaya anda dapat panduan cara nak promote Susu Efferty di platform media sosial.

Ketahui apa masalah pelanggan anda

Kita mulakan dengan apa masalah yang dihadapi oleh customer kami, supaya content anda sampai deep kepada customer.

Berikut adalah antara masalah utama customer/pengguna yang pernah menggunakan Susu Efferty perisa strawberi:
.
1.Kitaran haid tak stabil / tak teratur

Sebab:
✳️ Kekurangan vitamin B-kompleks, magnesium & zinc
✳️ Hormon tak seimbang
✳️Stress & diet tak teratur

2.Ovulasi tidak konsisten / Tak tahu bila subur

Sebab:✳️ hormon tak stabil, ovum lambat matang

3.Badan cepat letih walaupun tak hamil lagi

Sebab:✳️ anemia ringan, kurang vitamin, stress

4.Masalah keputihan / flora faraj tak seimbang

Sebab:✳️ bakteria tak stabil, imun rendah, stress

5.Rahim “sejuk” / Aliran darah ke rahim tak lancar

Sebab:✳️stress, hormon tak stabil, nutrisi tak cukup akibat pemakanan tak sihat, salur darah rosak/sempit sebab merokok atau pemakanan tak sihat

6.Masalah kulit akibat hormone tak seimbang

Sebab:
✳️Sindrom PCOS buatkan kulit semakin berminyak, jerawat naik mencanak, besar besar macam gunung berapi
✳️Masalah kalenjar tiroid (terlebih aktif atau kurang aktif) buatkan kulit kasar & kering macam Gurun Sahara
✳️Kekurangan sel darah merah (anemia) menyebabkan muka nampak pucat & hilang seri

Susu Efferty perisa strawberi untuk persediaan kehamilan.

Apakah ciri-ciri & faedah Susu Efferty perisa strawberi?

Lepas tu, kita kena tahu apa istimewanya Susu Efferty perisa strawberi ni. Jadi kita perkenalkan ciri-ciri menarik produk ini, seperti berikut:

✳️Features (Ada apa dengan produk?): Kandungan 27 NUTRIEN lengkap dalam 1 sacet Susu Efferty perisa strawberi. Seperti multivitamin, multimineral, asid folik, L-carnitine & L-arginine.

✳️Advantages (Apa manfaat produk?):
-Sokong kesihatan hormon, sokong ovulasi sihat & kesihatan Rahim untuk persediaan kehamilan

✳️Benefits (Apa kelebihan boleh dapat konsisten amal produk?):
-“Anda rasa lebih tenang, lebih bertenaga & yakin bila badan cukup nutrisi untuk hamil.”
-“Badan lebih ringan & kurang keradangan, maka persediaan kehamilan lebih lancar.”
-“Multivitamin berikan kulit glowing, kurang berminyak & berseri, maka rasa seronok bila muka makin cantik. Badan pun rasa lebih sihat
-“Tak perlu risau bahagian miss V berbau….sebab dah kurang kena pakai panty liner. Kat Bawah pun rasa kering segar…Che abang pun makin seronok meneroka.”

Image Not Found

Bagaimana Susu Efferty perisa strawberi membantu atasi masalah pelanggan?

Dalam part ni kita cerita unique value proposition (UVP) bagi Susu Efferty perisa strawberi. Unique value proposition ni ialah manfaat produk yang kita nak bagitahu pada customer.

✳️UVP 1: “Formula TTC All-in-One: 27 nutrien dalam satu sacet, minuman bernutrisi lazat dengan pelbagai manfaat”

Jelaskan kelebihan Susu Efferty perisa strawberi yang mengandungi pelbagai nutrien dalam 1 sacet, jadi tak perlu telan berbelas pil. Mudah, jimat duit, jimat masa, lazat dan berkhasiat.

✳️UVP 2: ” Fokus Khas Untuk Sokong Kesihatan Hormon & Ovulasi: Ada myo-inositol, B6, B12, folic acid & magnesium — nutrisi penting wanita persediaan kehamilan.”

Jelaskan khasiat nutrien khusus dalam Susu Efferty, dan bagaimana ianya bantu atasi masalah pelanggan. Tapi, elakkan dari terlebih over-claim untuk mencegah dari terkena violasi dari Tiktok atau platform media sosial.

✳️UVP 3:”Minuman bernutrisi untuk kurangkan letih & boost tenaga: Iron + Vitamin C + B complex = kombinasi tenaga untuk wanita TTC yang mudah penat & sedang jalani rawatan kesuburan.”

Jelaskan kelebihan lepas menggunakan Susu Efferty, kemudian kaitkan dengan siapa yang perlukan produk ini.

Kemudian, boleh bina skrip untuk video atau copywriting untuk hantaran muat naik di media sosial

Dah ada masalah & solusi, kita start buat skrip untuk video supaya senang untuk anda bercakap dalam video pendek. Anda boleh juga gunakan skrip ni sebagai copywriting untuk nak dimuat naik di Facebook & Instagram.

Contoh skrip untuk nak buat video beg kuning TikTok berdurasi 20 saat:

SKRIP VOICEOVER SUSU EFFERTY PERISA STRAWBERI (20 saat)

(0-4 saat): HOOK – Nyatakan masalah, kemudian perbesarkan masalah tersebut
“Hormon tak seimbang bukan sekadar masalah haid tak teratur… Tapi turut jejaskan penampilan – berat naik mencanak, kulit berjerawat dan berminyak. Kami faham apa yang anda rasa, sis.”

(5-12 saat): SOLUTION & FORMULA
“Susu Efferty Perisa Strawberi dengan 27 nutrien lengkap termasuk L-Carnitine & L-Arginine bantu sokong keseimbangan hormon dan kesihatan ovulasi secara semulajadi!”

(13-17 saat): BENEFITS & GLOWING EFFECT
“Badan rasa lebih ringan, kulit pun lebih glowing dan berseri. Yang penting, kita lebih yakin dan tenang sebab badan cukup nutrien untuk persediaan kehamilan!”

(18-20 saat): CALL-TO-ACTION
“Untuk persediaan terbaik, pilih Susu Efferty Strawberi hari ini! Dapatkan di beg kuning, checkout segera. Claim free shipping voucher dari Tiktokshop untuk penjimatan hebat”

Semoga pos ni membantu anda untuk nak jana sale di pelbagai platform. Dan mendapat komisen lebat hasil jualan produk-produk Efferty di pelbagai platform.

Blog yang berkait

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi Susu Efferty perisa strawberi?

Gunakan selling point yang kami senaraikan ini untuk nak hasilkan video beg kuning Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua…

ByByadmin Mar 3, 2026

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi produk Susu Efferty perisa taro versi box?

Susu Efferty perisa taro versi box produk terlaris di Efferty Hari ni kami nak kongsi idea-idea cara nak…

ByByadmin Feb 10, 2026

Ini 3 sebab kenapa konten video beg kuning anda GAGAL jana sale

Salam semua….Kami Nampak makin ramai affiliate kami dah buat video beg kuning di TikTok sambil mempromote produk-produk Efferty.Tahniah…

ByByadmin Feb 1, 2026

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *