• Home
  • Uncategorized
  • PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi produk Susu Efferty Mama perisa coklat?
Image

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi produk Susu Efferty Mama perisa coklat?

Hi & Assalamualaikum semua.

Hari ni kami nak kongsi idea-idea cara nak buat content dengan Susu Efferty Mama perisa coklat

Susu Efferty Mama perisa coklat ni antara produk best-seller di Efferty. Buktinya, dah terjual lebih 24 ribu kotak di TiktokShop dan 8 ribu kotak di Shopee sahaja.

Jadi, disebabkan ianya adalah produk viral, peluang untuk anda nak jana pendapatan sangat tinggi.

Di sini kami nak kongsikan lagi banyak idea-idea selling point Susu Efferty Mama perisa coklat.

Selamat praktis di dalam video anda.

1. Formulasi "All-in-One" (Lengkap & Mudah)

Bagi ibu hamil yang malas nak telan bermacam-macam pil suplemen, Efferty Mama adalah penyelamat. Dalam satu gelas susu coklat yang sedap, sudah terkandung Asid Folik, Omega-3 DHA, Multivitamin, dan Multimineral.

Affiliate boleh tekankan: “Tak payah pening nak telan pil banyak-banyak, minum satu gelas Efferty Mama dah cukup lengkap!”

2. Rasa Coklat Premium & Mesra Tekak (Anti-Mual)

Ramai ibu hamil mengalami morning sickness dan tak boleh bau susu putih biasa. Perisa coklat dalam Efferty Mama direka khas untuk menjadi “mood booster”. Ia tidak hanyir, sangat sedap, dan membantu mengurangkan rasa mual.

Affiliate boleh gunakan angle: “Susu hamil yang rasa macam coklat premium, bukan macam ubat!”

3. Rahsia Hb Cantik & Elak Anemia----> yang ini selling point kami selalu guna & berkesan nak jana sale!

Add Your Heading Text Here

Masalah Hb rendah (sel darah rendah) sangat berleluasa dalam kalangan ibu hamil di Malaysia. Salah satu sebabnya ialah kekurangan pengetahuan tentang pentingnya menjaga nutrisi pemakanan sihat & kesedaran mengambil zat besi supaya boleh cegah masalah Hb rendah.

Kandungan Zat Besi dan Vitamin B-Kompleks dalam susu Efferty Mama ini membantu menstabilkan bacaan Hb. Ini adalah selling point paling kuat untuk target ibu yang selalu gagal ujian darah di Klinik Kesihatan (buku pink).

4. Kandungan Probiotik (Lactobacillus) – Bye-Bye Sembelit!

Sembelit adalah mimpi ngeri ibu hamil. Efferty Mama mengandungi Probiocap (Lactobacillus Roselle-52) yang membantu kesihatan usus dan melancarkan sistem pencernaan. Affiliate boleh promosikan: “Perut selesa, membuang pun lancar, tak perlu seksa lagi!”

Disclaimer: Hati-hati bila nak sebut sembelit di dalam video beg kuning & live. Cukup sekadar maklumkan khasiat susu Efferty Mama mengandungi probiotik & serat semulajadi untuk sistem pencernaan yang sihat.

 

5. Tenaga Ekstra dengan Magnesium & Kurma

Ibu hamil sering rasa cepat letih dan stress. Kadang-kadang mereka alami gejala Brain Fog & Mommy’s Brain, iaitu cepat lupa, susah fokus dan otak letih. Perubahan ini adalah dipengaruhi oleh perubahan struktur otak ibu hamil sewaktu hamil.

Affiliate boleh tekankan gabungan multimineral seperti Magnesium, Kurma, dan Madu memberikan tenaga segera dan membantu menenangkan sistem saraf. Sangat sesuai untuk ibu hamil yang masih bekerja atau yang ada anak kecil untuk dijaga.

Penutup

Add Your Heading Text Here

Semoga pos ni membantu anda untuk nak jana sale di pelbagai platform & mendapat komisen lebat hasil daripada mempromote Susu Efferty Mama.

Buat duit kini lebih mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan aplikasi edit video.

Dan manfaatkan komisen lebat dari Efferty. 

Blog yang berkait

Bagaimana ada affiliate Efferty buat side income beribu-ribu ringgit hasil promote produk-produk Efferty?

Boleh ke jana income lebat hasil mempromosi produk-produk Efferty? Dengan mempromosi Efferty, ada antara affiliate kami berjaya jana…

ByByadmin Mar 15, 2026

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *