Salam semua, hari ni kami nak share ilmu tentang cara buat sale dengan sesi live tiktok.
Ilmu ini kami dapat direct dari Dr. Raihana Ismail, founder Efferty & juga Tiktok Super Creator. Sebagai Pro dalam live Tiktok & menghasilkan jualan jutaan ringgit, anda harus take note, dan save ilmu berguna ini.
Untuk pengetahuan anda, sale dari sesi live berpotensi lebih tinggi dari sale beg kuning. Jadi, dengan mengetahui teknik live yang betul, moganya anda dapat praktikkan dalam live anda dan menghasilkan komisen lebat & lumayan.
Ini antara tip-tip padu untuk nak buat sesi live Tiktok yang boleh jana sale yang lebat
Berikut antara poin-poin penting mengenai jana sale menerusi sesi live:
- Faham algorithm TikTok
First few minit live TikTok hantar beratus trafik percuma. Dan trafik ni akan berkurang kalau live tak memberangsangkan.
Apa live host nak kena buat: Dalam 5 minit sesi live, perlu trigger trafik.
Kena pastikan sesi live memberangsangkan, ajak follower komen, like & repost live.
- Pastikan produk dijual berkaitan dengan niche akaun Tiktok anda
Nak sale meletup, sesi live kena ada kesinambungan tema dari konten di Tiktok anda & sesi live.
Jadi produk dijual pun kena ada kaitan dengan niche akaun anda.
Apa live host nak kena buat: Pastikan produk dijual di beg kuning sesi live, konten produk & sesi live ada kesinambungan & berkait rapat. Mula buat konten berkaitan dengan konten awareness bagi produk yang ingin dijual. Ini supaya Tiktok dapat tarik orang-orang yang follow niche sama dan selalu tonton video ana untuk tonton sesi live anda.
- Dalam sesi live ada struktur & slot tertentu
Sesi live yang ada struktur & slot buatkan orang nak terus tonton live anda. Dalam setiap slot sesi live, ada target dan goal tertentu. Contoh nak galak orang komen, orang tekan beg kuning & buat pembelian.
Apa live host nak kena buat:
Sediakan skrip khusus untuk sesi live. Skrip haruslah merangkumi:
- Intro: Kenalkan diri, sesi live ni tentang apa?
- Jelaskan promo hari ini : Rujuk website deals.efferty.com untuk nak tahu apakah promo-promo yang sedang berlangsung
- Jelaskan apa offer dalam promo untuk hasilkan FOMO: Sebut promo apa, dan berapa banyak harga dipotong khas untuk sesi live ini.
- Cipta engagement dengan follower/ penonton sesi live. Contoh tanya “Ada orang nak?” , sebut nama orang baru masuk live, jawab komen penonton live.
- Jelaskan harga, lepas tu sebarang harga diskaun & flash sale yang Tiktokshop bagi.
- Dalam live, wajib sebut Unique Selling Point (USP) produk-produk tertentu
USP produk boleh diceritakan menerusi:
- Pengalaman guna produk ini. Gunakan teknik Storytelling
- Testimoni dari pengguna, contoh dari review produk di Tiktokshop
- Sebutkan tentang kualiti, sijil Halal, sijil pengiktirafan & anugerah yang diterima produk Efferty ini
- Bandingkan produk Efferty yang nak dijual berbanding produk pesaing. Tapi elak sebut nama produk pesaing.
- Buat demonstrasi produk. Contoh cara bancuh Susu Efferty, tunjukkan tablet EvaQ10.
- Cipta urgency nak galak orang beli produk
Urgency (keperluan nak dapatkan produk) ini sangat penting untuk nak galak orang tekan beg kuning & buat pembelian. Oleh itu, live host kena bijak galak orang tekan beg kuning.
Apa live host kena buat: Cerita 1 USP, terus masuk ke urgency.
Contoh:
“Produk EvaQ10 diiktiraf kualiti terbaik, dan dapatkan sekarang sebab ada promosi diskaun 12% sewaktu sesi live.”
“Susu Qudax selalu sold-out, sebab ramai suka flavor & repeat order. “
Bila guna strategy ini, berpotensi tukar orang masuk live jadi raving fans kepada produk Efferty.
6.Buat Calling-To-Action (CTA)
Calling-To-Action (CTA) ialah arahan kepada penonton apa nak kena buat.
Antara contoh CTA adalah seperti berikut:
- Minta penonton klik beg kuning
- Ajar cara claim voucher & cara checkout di beg kuning
- Bila ada orang add to cart & checkout, cakap terima kasih
Apa live host kena buat: Sentiasa buat CTA setiap 5 minit sesi live. Beritahu secara spesifik apakah arahan-arahan yang nak dibuat. Dan jelaskan secara terperinci langkah-langkah kepada penonton, contoh cara nak claim voucher.
Konklusi
Moga konten ini membantu anda menjana sale hasil dari sesi live Tiktok.
Ingat, kalau awal-awal gagal jana sale, jangan putus asa. Belajar teknik yang betul dan teruskan perbaiki sesi live anda.
Akhir kata, selamat maju jaya dari Efferty.
Nak lagi banyak tips jana sale untuk affiliate?
Sertai program affiliate Efferty. Dengan komisen lebat, moga ianya menjana pendapatan buat anda.
Klik “Nak join program affiliate Efferty” untuk maklumat lanjut.








