Image

Ini 3 sebab kenapa konten video beg kuning anda GAGAL jana sale

Salam semua….
Kami Nampak makin ramai affiliate kami dah buat video beg kuning di TikTok sambil mempromote produk-produk Efferty.
Tahniah kami ucapkan…Teruskan kerja keras anda. Lagi banyak anda hasilkan video beg kuning dengan produk Efferty, lagi tinggi peluang untuk nak jana sale.

Tapi yang jadi masalahnya, adakah video beg kuning anda Berjaya jana sale?

Jikalau tidak, ni kami nak bagitu anda sebab apa video beg kuning anda payah nak jana sale..

Teruskan membaca.

Sebab nombor 1: Video anda tidak ada elemen-elemen yang boleh buatkan orang teracun nak beli produk Efferty

Kebanyakan video affiliate yang kami tengok, mereka sekadar hasilkan konten tunjuk produk. Dengan caption seperti “Makan ni period lancarrr”.

 

Video macam ni  melanggar polisi TikTok yang mana anda tak boleh membuat kenyataan overclaim. Jadi merisikokan video anda terkena violation dan view jadi rendah.

 

Cara nak atasinya:

Ikut flow penghasilan video ini:

1.Nyatakan masalah pelanggan 

Contoh: “Bila payah jumpa hari subur ni, memang akan jadi payah nak hamil. Sebab tiada telur dibebaskan untuk disenyawakan”.

2.Perbesarkan masalah pelanggan 

Contoh: “Dah cuba macam-macam….Tapi hari subur asyik menghilang dari radar. Hati kecewa, gundah, resah bila kita dituduh mandul. Suami dah mula meliar cari skandal, dengan alasan mahukan zuriat.”

3.Nyatakan solusi  kepada masalah customer (iaitu produk Efferty)

Contoh: “Tenang kakak…Susu Efferty & Suplemen EvaQ10 rakan perjalanan ikhtiar anda”. 

4.Highlight selling point produk Efferty 

Contoh: “Dengan gabungan 27 nutrien dalam 1 sacet Susu Efferty dan coenzyme Q10, kini mudah untuk anda nak cukupkan badan nutrisi persediaan kehamilan.  Tak percaya dengan keberkesanan Susu Efferty? Tengoklah dah lebih 6,000 wanita berjaya bergelar ibu”.

5. Nyatakan Calling-To-Action (CTA) , iaitu ajakan viewers untuk mendapatkan produk di beg kuning) 

Contoh: “Cepat dapatkan Susu Efferty pelbagai perisa dan Suplemen EvaQ10 di beg kuning sekarang.”

6.Nyatakan tawaran menarik & cipta “urgency” untuk nak dapatkan produk Efferty

Contoh: “Grab dua jar Susu Efferty akan dapat diskaun pecah poket Tiktokshop & diskaun FREE shipping voucher.  Stok tengah laju habis, jadi siapa cepat dia dapat!”. 

 

Sebab nombor 2: Video anda tak highlight selling point produk-produk Efferty dan bagaimana produk Efferty boleh atasi masalah customer

Kebanyakan video affiliate yang kami tengok mereka tak highlight bagaimana produk Efferty boleh atasi masalah pelanggan. 

 

Cara nak atasinya:

Manusia membeli dengan emosi. Jadi, gunakan masalah yang mereka hadapi untuk nak pancing emosi mereka, contoh marah pada diri sendiri gagal hamil kecewa akibat dah bertahun TTC.

 

Kemudian nyatakan bagaimana produk Efferty atasi masalah mereka (tanpa mencetus violation TikTok). Gunakan selling point yang kami post-kan di WhatsApp atau di laman web  di dalam konten beg kuning anda. Kebanyakan video affiliate yang kami tengok mereka tak highlight bagaimana produk Efferty boleh atasi masalah pelanggan. 

Sebab nombor 3: Anda jarang buat video beg kuning bagi produk Efferty

Ada yang mula jadi affiliate, kemudian berputus asa sebab video beg kuning mereka gagal jana sale. 

 

Berdasarkan data kami, affiliate yang Berjaya jana sale lebih dari RM5000 sebulan membuat sekurang-kurangnya 11 video sebulan.

 

Cara nak atasinya:

Nak hasilkan video beg kuning tak perlu nak guna software mahal atau efek CGI. Anda hanya perlu bijak gunakan telefon bimbit anda sahaja. 

Dengan bantuan aplikasi pengeditan video seperti Tiktok & Capcut, anda boleh hasilkan video beg kuning berkualiti dengan hujung jari sahaja.

Jadi, terus hasilkan video tanpa berputus asa. 

Setiap bulan, set-kan berapa video beg kuning  anda nak hasilkan. Berusaha capai target anda dan konsisten dengan ikhtiar anda. 

 

Ini sumber inspirasi menghasilkan video beg kuning yang boleh jana sale

Tak ada idea nak buat video beg kuning?

Boleh tonton video kami kongsikan ini sebagai inspirasi nak buat video beg kuning. 

*Jangan pos video-video ni di Tiktok. Nanti terkena violation sebab anda plagiat konten*

Penutup

Semoga pos ini membantu anda jana sale TikTok, dan seterusnya beri pendapatan tambahan kepada anda.

Kami suka apabila anda berjaya jana sale, sekurangnya boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan hasil daripada affiliate Efferty. 

Dengan komisen yang tinggi, serba sedikit memberikan pendapatan tambahan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Affiliate Efferty, hubungi Cik Farah menerusi link Whatsapp ini. Klik “Nak join Program Affiliate Efferty” di bawah.

Blog yang berkait

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi Susu Efferty perisa strawberi?

Gunakan selling point yang kami senaraikan ini untuk nak hasilkan video beg kuning Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua…

ByByadmin Mar 3, 2026

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak hasilkan video beg kuning bagi produk Susu Efferty perisa taro versi box?

Susu Efferty perisa taro versi box produk terlaris di Efferty Hari ni kami nak kongsi idea-idea cara nak…

ByByadmin Feb 10, 2026

PANDUAN AFFILIATE: Bagaimana nak buat content bagi nak promote Susu Efferty perisa coklat cinnamon sebagai susu ikhtiar hamil?

Selamat menyertai Team Affiliate Efferty. Di dalam blog ni kami akan kongsi macam-macam ilmu nak bantu anda naikkan…

ByByadmin Nov 18, 2025

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *